Jabatan Hal Ehwal Akademik (JHEA) diletakkan di bawah pengawasan dan penyeliaan Pengarah JHEA selaku Ketua Jabatan dan diletakkan di bawah portfolio Timbalan Rektor Akademik & Antarabangsa dengan pecahan sub-unit seperti berikut :-
Unit pentadbiran adalah unit di Jabatan Hal Ehwal Akademik (JHEA) yang bertanggungjawab untuk semua aspek berkaitan segala bidang-bidang unit JHEA. Unit ini diketuai oleh dua (2) Penolong Pendaftar dan dibantu oleh pen. pegawai teknologi maklumat, pen. pegawai tadbir,dua (2) Juruteknik Komputer dan pembantu operasi. Unit ini bertanggungjawab dalam pentadbiran jabatan JHEA.
Berikut adalah aktiviti di unit ini: –
Unit aset dan fasiliti adalah unit di Jabatan Hal Ehwal Akademik (JHEA) yang bertanggungjawab untuk semua aspek berkaitan aset,inventori dan fasiliti. Unit ini diketuai oleh Penolong Pendaftar dan dibantu oleh dua (2) Juruteknik Komputer. Unit ini bertanggungjawab dalam menguruskan kegunaan peralatan,kelengkapan di setiap fasiliti berada di dalam keadaan yang baik.
Berikut adalah aktiviti di unit ini: –
Unit aset dan fasiliti adalah unit di Jabatan Hal Ehwal Akademik (JHEA) yang bertanggungjawab untuk semua aspek berkaitan aset,inventori dan fasiliti. Unit ini diketuai oleh Penolong Pendaftar dan dibantu oleh dua (2) Juruteknik Komputer. Unit ini bertanggungjawab dalam menguruskan kegunaan peralatan,kelengkapan di setiap fasiliti berada di dalam keadaan yang baik.
Berikut adalah aktiviti di unit ini: –
Mengurus dan memastikan semua Dewan Kuliah, Bilik Kuliah dan Bilik Tutorial dilengkapi fasiliti pengajaran dan pembelajaran.
Memastikan segala kemudahan fasiliti dan aset akademik diselia dan berfungsi dengan baik.
Mengurus dan memastikan ketersediaan alat bantuan mengajar untuk kegunaan pensyarah dan pelajar
Menguruskan permohonan penggunaan Dewan Kuliah, Bilik Kuliah dan Bilik Tutorial
Menguruskan permohonan pinjaman alat bantuan mengajar untuk kegunaan pensyarah dan pelajar
Menguruskan aduan kerosakan dan baikpulih fasiliti akademik
Mengurus dan memastikan ketersediaan fasiliti akademik untuk tujuan peperiksaan
Mengurus dan menjana laporan penyelenggaraan fasiliti pengajaran dan pembelajaran
Memantau infrastruktur dewan / bilik kuliah bersama JPP
Mengendalikan pengurusan tempahan bilik Mesyuarat
Menyelenggara seluruh fasiliti dan aset akademik dengan cekap dan berkesan bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat berfungsi dengan sempurna
Mengurus dan memastikan sistem fail mengikut prosedur dan dikemaskini serta tersusun
Memantau hal ehwal berkaitan perkhidmatan seperti perkhidmatan kaunter,pertanyaan, cadangan dan aduan pelanggan
Sejajar dengan objektif universiti untuk mencapai status antarabangsa, Jabatan Hal Ehwal Akademik telah menubuhkan beberapa unit dengan tugas dan tujuan tertentu. Salah satu unit terpenting di Jabatan Hal Ehwal Akademik adalah unit kuliah dan penjadualan.
Berikut adalah aktiviti di unit ini: –
Unit pemantauan pembelajaran adalah satu unit menilai dan memantau segala aktiviti pembelajaran dan pelajaran (PdP) agar dapat berjalan dengan lancar. Ianya mengandungi pemantauan dari segala aspek mengliputi pensyarah dan pelajar.
Berikut adalah aktiviti di unit ini: –
Unit Peperiksaan adalah unit di Jabatan Hal Ehwal Akademik (JHEA) yang bertanggungjawab untuk semua aspek peperiksaan pelajar. Unit ini diketuai oleh Penolong Pendaftar dan dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir. Unit Peperiksaan adalah unit penting dan bertanggungjawab dalam menguruskan peperiksaan pelajar serta semua perkara yang berkaitan dengan markah dan gred, serta keputusan sebelum tamat pengajian.
Berikut adalah aktiviti di unit ini: –
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)
Lot 18-27 Rumah Kedai Dua Tingkat, Taman Seberang Jaya Fasa 3,02000 Kuala Perlis, Perlis.
Emel: jhea@kuips.edu.my
Direct line (HR): +604-9851114
Faks: +604-9851825